ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024

KUALA LUMPUR: PETRONAS sekali lagi dinobatkan sebagai jenama minyak dan gas paling kukuh di dunia untuk tahun 2024.

Menurut Brand Finance, badan perunding bebas yang menilai Indeks Kekuatan Jenama (BSI), PETRONAS mencatat skor 87.8, meningkat sedikit berbanding 87.7 tahun sebelumnya.

Selain PETRONAS, senarai 10 jenama minyak dan gas terkuat turut diisi syarikat serantau seperti Pertamina (Indonesia) dengan skor 84.4 dan IndianOil (India) di tempat ketiga dengan skor 83.2. Berikut adalah senarai penuh:

  • PETRONAS (Malaysia) – 87.8
  • Pertamina (Indonesia) – 84.4
  • IndianOil (India) – 83.2
  • PTT (Thailand) – 82.4
  • ADNOC (UAE) – 80.2
  • HPCL (India) – 80.2
  • Bharat Petroleum (India) – 79.9
  • Sinopec (China) – 79.2
  • Reliance (India) – 78.7
  • Equinor (Norway) – 77.9

Brand Finance juga melaporkan bahawa PETRONAS kekal dalam senarai 10 jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024. Jenama ini dianggarkan bernilai USD14.561 bilion, meningkat 15% berbanding USD12.712 bilion pada 2023, menjadikannya jenama ke-10 paling bernilai di sektor tersebut.

Sebagai perbandingan, jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024 adalah Shell (UK) dengan nilai USD50.32 bilion, diikuti Aramco (Arab Saudi) dengan USD41.562 bilion, dan PetroChina (China) dengan USD28.5 bilion. Sinopec (China) berada di tangga ke-4 dengan USD26.65 bilion, diikuti BP (UK) di tempat kelima dengan nilai USD18.53 bilion.

Related posts
Tempatan

Kuasa pengampunan Agong tiada had

Mohamed Haniff berkata, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan perkara berkenaan ditulis dalam…
Read more
Tempatan

Bomba Bantu Pindah Calon SPM Dari Rumah Panjang Ke Asrama Sekolah

Pelajar itu kemudiannya diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan lanjut. KAPIT: Jabatan…
Read more
Tempatan

Pekerja Kontrak 19 Tahun Maut Ketika Memasang Talian Internet di Kampung Sinoko

Kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *