Hiburan

Sahak Gangster: Aksi Komedi Terbaharu Sentuhan Ahmad Idham


Sahak Gangster bakal gegar pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025! Saksikan Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam beraksi dalam filem penuh aksi, komedi, dan drama. Jangan ketinggalan!

Filem aksi komedi terus menjadi pilihan bagi peminat filem tempatan, dan inilah yang mendorong Millennium Megamas Sdn. Bhd. untuk menerbitkan filem baharu bertajuk Sahak Gangster. Menurut pengarahnya, Dr. Ahmad Idham, idea untuk menghasilkan filem ini datang daripada penerbit sendiri.

“Saya tertarik untuk mengarahkan filem ini kerana konsepnya yang unik, mengangkat tema ‘Gangster Wanna Be’ dengan elemen humor dan aksi. Sudah lama saya tidak mengarahkan filem berkonsepkan komedi aksi, jadi ini adalah cabaran yang saya terima dengan penuh semangat,” kata Ahmad Idham.

Sahak Gangster dijadualkan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 9 Januari 2025, dengan menampilkan Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama.


Kelainan dalam Sahak Gangster

Ahmad Idham menjelaskan bahawa filem ini menampilkan kelainan berbanding karya terdahulunya, terutama melalui karakter Sahak.

“Sahak adalah seorang lelaki yang bercita-cita menjadi gangster, tetapi sebenarnya dia tidak sesuai untuk dunia tersebut. Dalam perjalanan itu, dia terjebak dalam insiden yang membuatnya diburu oleh kumpulan gangster dan polis,” jelasnya.

Kisah filem ini berkisar tentang Sahak (Hariz Hamdan) yang dituduh membunuh ketua kumpulan gangster dan terpaksa melarikan diri. Dalam usahanya menyelamatkan diri, dia bersembunyi di dalam kereta seorang gadis, Suriani (Nelissa Nizam), yang akhirnya turut terlibat dalam konflik yang dihadapi oleh Sahak.


Mengetengahkan Bakat Baharu

Mengulas tentang pemilihan Hariz dan Nelissa sebagai teraju utama, Ahmad Idham melihat potensi besar dalam kedua-dua pelakon muda ini. Walaupun sedar ia merupakan risiko, dia optimis bahawa filem ini dapat melonjakkan populariti mereka.

“Saya mahu memberi peluang kepada bakat baharu. Saya yakin selepas filem ini ditayangkan, nama Hariz dan Nelissa akan lebih dikenali. Untuk mengurangkan risiko, saya turut menampilkan pelakon berpengalaman seperti Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad, dan Chiwan Raja Lawak,” tambahnya.

Menurut Ahmad Idham, setiap pelakon memainkan peranan yang penting dan bukan sekadar tempelan. Lebih menarik, elemen ‘spoof’ juga disertakan dalam filem ini dengan menyelitkan unsur dari filem-filem lain.

“Contohnya, watak Kak Yong yang dilakonkan oleh Yana Samsudin sudah cukup dikenali ramai. Saya juga menambah elemen seperti dalam filem Bad Boys dengan menggandingkan Razak dan Chiwan sebagai pasangan anggota polis,” katanya.


Aksi, Romantik, dan Komedi

Dipenuhi elemen aksi, romantik, dan komedi, Sahak Gangster diharap dapat memberikan hiburan berkualiti kepada penonton. Ahmad Idham berharap filem ini dapat mencipta kenangan manis serta menghiburkan semua lapisan masyarakat.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *