Tempatan

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Syukur Atas Rezeki, Hadiahkan Kereta Bezza kepada Pekerja Cemerlang

Wawa dan Aeril membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza kepada pekerja paling cemerlang,

Bersyukur atas keharmonian keluarga dan kejayaan perniagaan, pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menyambut kedatangan 2025 dengan penuh rasa syukur. Kejayaan Wawa Cosmetics, yang kini memasuki tahun ketujuh, terus menjadi sumber rezeki bukan sahaja bagi mereka tetapi juga untuk pekerja yang setia bersama syarikat tersebut.

Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, mengakui pencapaian syarikatnya adalah hasil kerja keras seluruh pasukan. Sebagai penghargaan, setiap tahun mereka memberikan ganjaran seperti wang tunai, barangan elektrik, pakej percutian luar negara, dan peluang mengerjakan umrah kepada kakitangan terpilih.

Bagi penutup tahun 2024, Wawa dan Aeril membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah Perodua Bezza kepada pekerja paling cemerlang.

“Tahun ini kami mahu berikan sesuatu yang berbeza. Hadiah ini diharap menjadi motivasi untuk semua warga Wawa Cosmetics terus bersama kami memacu syarikat ke tahap lebih tinggi,” kata Wawa.

Penyerahan kunci dilakukan dalam majlis apresiasi dan sambutan tahun baharu 2025, yang dihadiri hampir 100 tetamu termasuk pekerja dan keluarga mereka. Selain itu, jabatan cemerlang juga menerima wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.

Menurut ibu kepada empat anak ini, melihat kebahagiaan di wajah pekerjanya adalah kepuasan terbesar buat mereka.

“Tanpa mereka, siapalah kami. Jika mereka gembira, produktiviti syarikat pasti meningkat,” ujarnya.

Walaupun hasil perolehan syarikat tahun ini tidak setinggi 2023, Wawa dan Aeril tetap komited menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Pada pertengahan Disember lalu, pasangan ini menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), menunjukkan contoh teladan sebagai usahawan berjaya.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *