Global

Iran Lancar Dron Terbesar ‘Gaza’ Sebagai Penghormatan Kepada Palestin

Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas. 

TEHRAN: Iran telah memperkenalkan dron terbesar yang pernah dihasilkan, dinamakan ‘Gaza’, sebagai penghormatan kepada wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan selama 15 bulan.

Menurut komander pasukan aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Amir Ali Hajizadeh, dron ini mampu membawa sehingga 12 bom dan akan digunakan untuk operasi di kawasan sempadan.

Beliau turut memeriksa dron tersebut bersama komander tertinggi IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami. Katanya, kehadiran dron ini berpotensi untuk menjamin keselamatan di sempadan dan mengawal ancaman pengganas.

“Dalam bidang keselamatan, memastikan tahap keselamatan tinggi dalam negara adalah amat penting, terutamanya dalam mengawal sempadan.

“Sekiranya terdapat ancaman seperti pengganas, penyeludup, atau pelbagai isu lain, dron ini sangat berkesan dalam situasi sebegini,” katanya.

Gaza yang sebelumnya menjadi kediaman bagi 2.3 juta penduduk Palestin sebelum peperangan kini hampir musnah sepenuhnya selepas lebih setahun pertempuran antara Israel dan Hamas.

Israel melancarkan serangan ke atas Gaza susulan dakwaan serangan oleh Hamas pada 7 Oktober. Rejim Zionis mendakwa serangan tersebut menyebabkan 1,200 kematian dan lebih 250 orang dijadikan tebusan. Sementara itu, di Gaza lebih 47,000 rakyat Palestin terkorban.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *