
Perkongsian oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin, yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat, mengenai hantaran semula pelakon Nora Danish tentang bersedekah.
Dalam hantaran tersebut, Nora menyampaikan pesanan khususnya kepada kaum wanita untuk memperbanyakkan amalan istiqfar dan bersedekah.
Nora juga menyatakan bahawa amalan bersedekah dapat mengingatkan diri agar tidak terjebak dalam perbuatan seperti mengumpat atau mengata orang lain.
“Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan, kita perlu perbanyakkan istiqhfar dan bersedekah. Supaya tidak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang.’
“Dan bila bersedekah itu, niat kan ‘Ya Allah sedekah ini aku khususkan kepada mereka yg aku zalimi, mereka yg berhak ke atas diriku’. Kalau kita nak minta maaf setiap pada yg kita umpat memang tak logiklah kan.
“Terutama yang mereka kita tak pernah berjumpa pun. Jadi kita amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat,” kongsi Nora.
‘Membawang’ secara literal membawa maksud merujuk pada perlakuan mengata, memburuk-burukkan atau dalam istilah yang lebih tepat lagi ialah ‘mengumpat’ iaitu menceritakan perihal orang lain.
Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan kata-kata positif netizen yang rata-ratanya turut bersetuju dengan Nora Danish.