Umum

Laos Catat Lebih Empat Juta Pelancong Pada 2024, Peningkatan Hampir Satu Juta

Laos juga menduduki tempat keempat dalam senarai 30 Tempat Terbaik untuk dilawati pada tahun 2025 oleh buku panduan perjalanan, Lonely Planet.

VIENTIANE: Laos mencatatkan lebih empat juta pelancong pada tahun lalu, dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

Menurut data dari Kementerian Maklumat, Kebudayaan dan Pelancongan negara itu, seramai 4,120,832 pelancong melawat Laos pada tahun 2024.

Sementara itu, 10 negara utama yang menyumbang kepada peningkatan bilangan pelawat termasuk Thailand, Vietnam, China, Korea, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Thailand mendahului dengan 1,215,553 pelancong, diikuti Vietnam dengan 1,054,204 dan China dengan 1,048,034.

Peningkatan bilangan pelawat ke Laos dikaitkan dengan pendedahan negara ini yang semakin meluas di pelbagai laman web perjalanan antarabangsa serta kejayaan kempen Tahun Melawat Laos 2024.

Selain itu, kejayaan ini turut disokong oleh inisiatif Laos yang memberikan pengecualian visa khas kepada lebih daripada 30 negara, termasuk China, Amerika Syarikat dan lapan negara Eropah.

Sementara itu, Laos telah tersenarai di tempat keempat dalam senarai 30 Tempat Terbaik untuk Dilawati pada tahun 2025 oleh buku panduan perjalanan terkenal, Lonely Planet.

Related posts
Umum

RUL AZHAR JUARA BINTANG P. RAMLEE 2026, BAWA PULANG RM20,000

– Foto Bernama – Rul Azhar, atau nama sebenarnya Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad…
Read more
Umum

SHAHIDA BIMBANG ADAB SESETENGAH REMAJA, PERSOAL CABARAN GURU DAN IBU BAPA

Datin Seri Nur Shahida meluahkan kebimbangan terhadap sikap sesetengah remaja yang disifatkannya…
Read more
Umum

JANNA NICK TAMAT PENGAJIAN DI UK DENGAN CEMERLANG, RAHSIAKAN SELAMA SETAHUN KERANA BIMBANG PENYAKIT AIN

Pelakon Janna Nick berjaya menamatkan pengajian Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *