Sukan

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final

Kali terakhir skuad Tok Gajah beraksi di final Piala Malaysia adalah pada 2014, apabila muncul juara dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti. – Foto Facebook/Sri Pahang FC

TEMERLOH: Juara empat kali, Sri Pahang FC menamatkan penantian sedekad untuk mara ke final Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Sabah FC, dengan kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.

Gol masa tambahan daripada Kpah Sherman memastikan kemenangan Sri Pahang, sekaligus menempah pertemuan dengan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April nanti.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 18 Januari lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dalam perlawanan semalam, skuad Tok Gajah bermula agresif dan hampir membuka jaringan seawal minit ke-15 apabila sepakan deras Sherman dari luar kotak penalti hanya sedikit tersasar.

Sri Pahang akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-72 apabila pemain pertahanan Sabah, Park Tae Su, tertanduk hantaran Muhammad Baqiuddin Shamsuddin ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, The Rhinos pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan S. Kumaahran pada minit ke-77, membawa perlawanan ke masa tambahan dengan agregat 2-2.

Penyerang import dari Liberia, Sherman, muncul wira buat Sri Pahang apabila meledak gol kemenangan dengan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Khai Lim, pada minit ke-106.

Pada Sabtu, JDT mengesahkan slot ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-1.

Kali terakhir Sri Pahang beraksi di final Piala Malaysia adalah pada 2014, apabila mereka menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2. Sri Pahang sebelum ini turut merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1983, 1992, dan 2013, manakala kali terakhir Sabah mara ke final adalah pada tahun 2003.

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *