Hiburan

Tak pernah meminta pada suami, Neelofa dapat gelang tangan sempena hari lahir ke-34

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa berkongsi kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-34 tahun hari ini bersama pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah hantaran, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan penghargaan buat suaminya, Haris Ismail yang menjalankan tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang sejak melayari alam rumah tangga.

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa berkongsi kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-34 tahun hari ini bersama pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah hantaran, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan penghargaan buat suaminya, Haris Ismail yang menjalankan tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang sejak melayari alam rumah tangga.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa berkata, suaminya yang juga pendakwah selebriti itu sentiasa cuba membahagiakan pasangan meskipun dirinya tidak pernah meminta-minta dari aspek keperluan atau kebendaan.

“Terima kasih buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini…
“…dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah. Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya,” tulisnya.

Pada masa sama, bekas pengacara program MeleTOP itu turut menerima seutas gelang tangan berwarna silver sebagai hadiah hari lahir daripada suaminya selain mendoakan kebahagiaan buat keluarga kecilnya.

Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat memberikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Neelofa dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh kebahagiaan dunia akhirat.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *