GosipViral

Kereta Mewah Mclaren Bukan Milik Opai?

Terdahulu tular media sosial apabila SCRUT tampil membuat pendedahan mengenai pemilik sebenar kenderaan mewah McLaren dengan nombor pendaftaran QPA1.

Sebelum ini pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai pernah bergambar mesra di atas kereta mewah tersebut.

Susulan itu, SCRUT yang sangat dikenali sebagai ‘agen’ membongkar kebenaran terutama perkara melibatkan aset telah diseru netizen untuk meneliti kereta mewah tersebut.

Selepas ‘siasatan’ dijalankan, SCRUT mendakwa kereta tersebut bukan milik Opai sebaliknya didaftarkan atas nama individu lain, iaitu Abd Hafiz bin Abd Wasa.

Sumber: Scrut

https://www.facebook.com/scrut.my/posts/594085942864495?ref=embed_post

Susulan itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren tampil membuat laporan.

JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.

Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.

Sehingga kini Fatin dan Opai masih belum memberi kenyataan mengenai perkara tersebut.- Lauk Tambah!!!

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *