UmumViral

“Guna logo, waran tangkap palsu” – PDRM Dedah Taktik Baru Penipuan Online

Memperdayakan mangsa dengan menghantar dokumen palsu menggunakan imej waran tangkap atau notis yang tertera logo polis merupakan modus operandi terbaharu sindiket penipuan dalam talian, kata Ketua Polis Perak Datuk Yusri Hassan Basri.

Pihaknya juga mendedahkan telah menerima dua laporan setakat ini di mana dokumen berkenaan didakwa ditandatangani oleh “Ketua Polis Perak” dan “Ketua Polis Perlis”.

Menurutnya lagi, kes pertama melibatkan seorang peniaga restoran di Teluk Intan yang menerima panggilan telefon mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan yang mengandungi barang terlarang dibawah nama syarikat mangsa.

Pelaku mendakwa kononnya mangsa terlibat dengan pengedaran bahan terlarang selain terkait dengan kes penggubahan wang dan waran tangkap telah dikeluarkan dengan menggunakan logo PDRM dan juga ditandatangani oleh “Ketua Polis Perak”.

Menurut kenyataan Yusri lagi, mangsa menerima ‘waran’ tersebut menerusi aplikasi mesej namun tidak terpedaya dan terus melakukan report polis.

Pun begitu, kes kedua yang melibatkan seorang pensyarah universiti menerima nasib yang berlainan apabila dia kerugian sebanyak RM98,000 menerusi pemindahan wang kerana mendedahkan informasi peribadi dan juga akaun bank.

Sindiket berkenaan difahamkan telah menghantar notis yang mempunyai logo PDRM dan juga ditandatangani oleh ‘Ketua Polis Perlis’ mendakwa mangsa merupakan suspek yang terlibat dalam penyeludupan dadah dan kes penyelewengan berjumlah RM2.8 juta, bertujuan untuk menakutkan mangsa.

Sementara itu, Yusri mendedahkan sebanyak 358 kes penipuan telefon dilaporkan pada tahun 2022 yang melibatkan kerugian lebih RM15 juta manakala bermula Januari sehingga Mei, pihaknya menerima 181 kes yang disiasat melibatkan kerugian sebanyak RM8.08 juta.

Tambahnya lagi, antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan atas talian sekarang ini adalah dengan menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantar barangan.

Sumber: FB Polis Perak

https://www.facebook.com/polisperak/posts/644946637660248?ref=embed_post

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *