ViralGosip

Berhijab Tapi Belanja Paha, Masya Masyitah Teruk Dikecam – “Buka Je Tudung Tu!”

Nama Masya Masyitah kembali panas dan menjadi bualan wargamaya gara-gara fesyen yang dikenakannya dianggap kurang sopan oleh wargamaya.

Turut menganggap fesyen dikenakan Masya sebagai pelik, rata-rata wargamaya turut mengecam penyanyi terbabit kerana tidak sensitif.

Menurut wargamaya, sebagai seorang selebriti berhijab, Masya sepatutnya lebih peka dengan pakaian yang dikenakan.

Kontroversi bermula apabila Masya berkongsi fotonya memakai skirt pendek yang menampakkan bahagian pahanya, walaupun sudah mengenakan stoking panjang berwarna hitam.

Foto tersebut setakat ini telah dihujani lebih 1200 komen dan hampir 21,000 tanda suka oleh pengikut di laman sosial Instagram.

Selain wargamaya yang memberi kata-kata nasihat, ada juga yang berpendapat Masya antara anak kampung yang terpalit kejutan budaya selepas menjadi warga Kuala Lumpur.

“Tak style pun tak apa. Tutup aurat tu betul betul. Jangan datangkan fitnah. Walaupun kata dalam tu bukan skin tapi dah nampak macam skin tak boleh. Hrmmm…”

“Orang Kulim duduk KL kejutan budaya terus! Buat malu saja.”

“Macam nampak paha la awak. Kalau awak tak perasan tolong tengok balik. Awak cantik, lawa, bertudung. Semoga awak fikir fikirkan.”

Antara komen yang ditinggalkan wargamaya kepada juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria 2014 itu.

Difahamkan, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, kini berada di Okinawa, Jepun

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *