Gosip

Bekas Kapten Harimau Malaya Ditahan Pihak Polis Akibat Ceroboh Bilik Di Sebuah Hotel Sekitar Ibu Kota

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kontroversi melanda yang melibatkan nama mereka yang masih aktif bermain mahupun mereka yang sudah bersara dari arena bola sepak.

Terbaru, seorang bekas pemain bola sepak yang juga merupakan mantan kapten bagi skuad Harimau Malaya sekitar tahun 2000 yang lalu ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan kesalahan menceroboh bilik di sebuah hotel di ibu kota.

Menurut laporan Harian Metro, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan tindakan agresif bekas pemain bola sepak itu hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan sewaktu kejadian.

Difahamkan, bekas pemain bola sepak itu sudah pun ditahan polis bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Terdahulu, tular mengenai kes seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Susulan itu, pemain yang bermain di posisi pertahanan itu didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitanya, dua minggu lalu.

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Gosip

Farid Kamil tolak cerai, mahkamah arah lantik Jawatankuasa Pendamai

Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle (tengah) melantik wakil…
Read more
HiburanGosip

‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *