UmumViral

Lepas 2 Bulan ‘Czer’ Hamil Lagi, Isteri Terseksa Nak Jalan Lepas Kandungan Masuk 8 Bulan

Sebelum ini pernah tular di media sosial seorang wanita berasa kesal dengan si suami kerana setelah 4 bulan melahirkan anak secara czer, pasangan tersebut disahkan hamil sekali lagi.

Melalui pemeriksaan doktor, kandungannya ketika itu sudah memasuki 2 bulan dan pada awalnya, wanita bernama Venny mahu menggugurkan kandungan itu susulan tidak bersedia, lagi-lagi kesihatan dalaman juga belum pulih sepenuhnya daripada melahirkan anak pertama secara czer.

Difahamkan kini kandungan Venny sudah memasuki 7 ke 8 bulan dan suaminya, Akash ada berkongsikan detik-detik ‘perit’ isterinya turun dari tingkat atas untuk dibawa ke pusat rawatan.

Jelas kelihatan Venny mempunyai kesulitan untuk berjalan selain pinggangnya juga perlu di alas dengan bantal lembut, malah dia juga perlu berhati-hati menahan keperitan di bahagian pinggul.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita yang meninggalkan komen seakan-akan turut dapat merasa keseksaan yang dialami oleh ibu hamil itu.

komen netizen
komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen meninggalkan nasihat untuk menjadikan ia sebagai pengajaran buat pasangan berkahwin agar mengatur jarak kehamilan.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *