ViralAgama

Muncul keluarga fahaman sesat dakwa Nabi Muhammad adalah Allah, ramai minta pihak berkuasa segera bertindak

RAKAMAN video memaparkan sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad yang mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan tular di media sosial.

Setelah memperkenalkan diri, ahli keluarga ini membuat pengakuan dengan menyatakan apa yang dikatakan oleh pelopor fahaman itu adalah benar.

“Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW,” kata seorang lelaki berbaju Melayu hijau.

Dalam hantaran yang didedahkan penyanyi rap Caprice itu, selebriti itu menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, meminta agar tindakan keras diambil terhadap dalang kepada ajaran sesat ini.

Dia bagaimanapun mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahkan keluarga ini sepenuhnya.

“Siasat dengan lebih lanjut siapa bawa ajaran sesat ni dekat Malaysia. Sebenarnya saya tak salahkan keluarga ni 100 peratus.

“Yang lagi penting kita nak tahu siapa dia punya cikgu (ketua ajaran sesat) dan sifu.

“Semoga mereka ini dapat ditangkap, InsyaAllah,” ujarnya.

Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengamalkan mana-mana ciri-ciri (pegangan, fahaman dan amalan) di atas adalah sesat dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama.

Sumber Video : FB PU Syed

https://www.facebook.com/syed.ishak.731/videos/2026051817736763

Related posts
Agama

Erdogan Tegaskan Kepentingan Kerjasama dengan Trump Selepas Kemenangannya

Erdogan menyambut baik kenyataan Trump untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine, dan menyatakan Turkiye…
Read more
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
AgamaTempatan

Mekah adalah tempat beribadah, bukan destinasi bulan madu

Trend bulan madu di Mekah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *