GlobalKesihatanViral

Individu Kedua Terima “Transplant” Jantung Babi Dilapor Meninggal Dunia

Gambar: University of Maryland School of Medicine

Lawrence Faucette, individu kedua yang menerima transplant jantung babi yang telah diubahsuai secara genetik dilapor meninggal dunia.

Menurut CNN, Faucette, 58, meninggal dunia pada Isnin, kira-kira enam minggu selepas pembedahan eksperimental tersebut dijalankan.

Pusat Perubatan Universiti Marryland (UMMC) berkata, jantung berkenaan mula menunjukkan tanda-tanda penolakan beberapa hari sebelum mendiang meninggal dunia.

Faucette dimasukkan ke UMMC pada 16 September selepas menunjukkan simptom-simptom kegagalan fungsi jantung. Dia kemudiannya menjalani transplant jantung babi enam hari kemudian.

Penyakit jantung yang dialami dan keadaan kesihatan sedia menyebabkan Faucette tidak boleh menjalani pembedahan jantung manusia yang biasa.

Melihat situasi yang dihadapinya, Faucette dalam satu temu bual bersama pihak hospital sebelum pembedahan berkata, dia kini hanya tinggal satu pilihan sahaja.

“Satu-satunya peluang yang tinggal dan saya ada adalah dengan melakukan transplant jantung babi, xenotransplant,” katanya.

Menurut CNN lagi, dibawah pemantauan doktor, Faucette menunjukkan perkembangan yang baik beberapa minggu selepas pembedahan berkenaan.

Malah, Faucette juga berjaya mengikuti beberapa terapi fizikal serta berkomunikasi dengan ahli keluarganya. Selepas sebulan, jantung baru Faucette juga menunjukkan tanda-tanda dapat berfungsi dengan baik.

Doktor turut merawat Faucette dengan rawatan antibodi eksperimental untuk ‘menekan’ sistem imunnya dan menghalang penolakan terhadap organ baru itu.

Bagaimanapun, penolakan organ adalah cabaran terbesar yang dihadapi dalam pembedahan transplant termasuk yang melibatkan organ manusia.

UMMC berkata, hasrat terakhir Faucette sebelum meninggal dunia adalah supaya doktor dapat memanfaatkan semua maklumat dan data yang dikumpul melalui pembedahannya untuk kegunaan masa depan.

Pada 2022, UMMC menjalankan transplant jantung babi pertama dalam sejarah kepada seorang pesakit jantung. Lelaki berkenaan bagaimanapun meninggal dunia dua bulan selepas melakukan prosedur tersebut.

Walaupun tiada tanda penolakan dalam tempoh beberapa minggu awal, autopsi yang dijalankan menyimpulkan kematian lelaki tersebut berpunca daripada pelbagai faktor yang rumit.

Kajian yang dijalankan selepas itu juga menunjukkan adanya bukti virus babi yang tidak dapat dikesan sebelum ini.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *