Video

Berbuah Di Batang Pokok, Spesis Buah Durian “Rare” Di Raub, Pahang

Sejenis durian dari spesies yang jarang ditemui berjaya ditemui di sebuah perkampungan di Raub, Pahang baru-baru ini.

Penemuan berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @facultyofdurian.

Menurut pengguna TikTok tersebut, spesies buah durian yang jarang ditemui itu masih dalam proses pengecaman oleh pihaknya.

Apa yang lebih menarik adalah buah tersebut berbuah di pangkal pokok, berbeza dengan spesies durian yang kebiasaannya ditemui berbuah di bahagian dahan.

“Penemuan terbaru durian, rare spesies yang masih dalam pengecaman. Buahnya berbuah di pangkal, berwarna hitam dan sedikit berwarna purple.

“Apabila dibuka isinya, dia punya daging atau isi sangat nipis. Tumpuan buah adalah disekitar pangkal dan batang. Kemungkinan pada masa akan datang, durian ini mungkin sesuai untuk dikomersialkan sebagai tanaman hiasan dan juga landskap,” katanya.

Dia juga tidak menolak durian spesis ini mungkin dapat dikacukkan dengan durian varieti lain, namun setakat ini tiada percubaan pernah dibuat.

Menurutnya lagi, lokasi pokok durian itu ditemui adalah berada di Kampung Sengkela, Raub, Pahang.

Pokok durian spesies terbaru itu dikatakan mungkin mampu menarik minat pelancong dan pengunjung untuk menikmati atau mempelajari berkenaan penemuan unik tersebut.

“Dekat sini, kita nak beritahu betapa besarnya anugerah yang berada di Malaysia ini dan mungkin ia juga adalah salah satu permata yang perlu dikekalkan,” katanya lagi.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, seperti yang dijelaskan oleh lelaki tersebut, isi durian itu seperti buah durian biasa. Namun isi atau dagingnya sangat nipis tidak seperti buah durian dari subspesies keluarganya.

Mereka turut berpeluang merasai sendiri isi durian tersebut dan rasanya menyamai rasa isi buah salak.

Perkongsian buah durian unik itu juga telah menerima reaksi dan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

First time juga durian ni di Long Semadoh, Sarawak,” tulis seorang netizen yang mendakwa pernah menemui durian tersebut di Sarawak.

“Cantik kulitnya, warna purple. Tapi isi tak ada kan,” tulis seorang netizen lagi.

Terdapat juga beberapa komen yang bertanyakan bau buah durian tersebut dan menurut lelaki itu bau durian itu ada sedikit aroma buah salak.

Diharap dengan penemuan spesies terbaru ini, penyelidikan dapat dibuat agar spesis durian ini dapat dikenal pasti dan dimajukan.

Related posts
VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia…
Read more
VideoHiburan

Intan Najuwa Dilayan Seperti Seorang Puteri, Suami Bawa Dua Trak Kuda Di New Zealand – ‘Bestnya Kaya Unlimited’

Video percutian aktres, Datin Intan Najuwa bersama suami, Datuk Ahmad Asraf Azman mencuri…
Read more
Video

Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Kredit: TikTok Seorang lelaki yang dilahirkan buta baru-baru ini memuat naik satu video di laman…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *