
Punca pembatalan majlis perkahwinan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini masih belum terjawab sehingga hari ini.
Bagimanapun, ketika ini di TikTok viral pula gambar menunjukkan pasangan ini keluar bersama. Gambar ini dipercayai diambil seorang peminat wanita yang pada mulanya bergambar bersama Syafiq dan kemudian bersama Mimi.
Gambar yang dipercayai di ambil di sebuah kafe itu bagaimanapun telah dipadam.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meluahkan rasa gembira jika benar pasangan selebriti itu kembali bersama.

Tidak cukup dengan itu, ada juga mendakwa Syafiq dan Mimi pergi tengok wayang bersama. Tidak pastilah ia benar atau tidak, kita doa sahaja yang terbaik untuk mereka.
Kredit: TikTok