Tips

Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Kredit: Facebook

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengguna jalan raya pada hari ini tidak lagi perlu membawa dokumen lesen dan cukai jalan dalam bentuk fizikal.

Ketika ini, kedua-dua dokumen penting tersebut sudah ditawarkan dalam bentuk digital yang boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ.

Apabila diminta oleh pihak berkuasa, mereka hanya perlu membuka aplikasi tersebut untuk menentukan sama ada kedua-dua dokumen tersebut masih hidup atau sudah tamat tempoh.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa dokumen berkenaan, tepat lagi lesen memandu, sudah boleh diperbaharui atau ‘renew’ secara dalam talian.

Berdasarkan satu hantaran di Facebook, seorang pengguna media sosial, Ezah Majidi berkongsi cara untuk memperbaharui lesen memandu, tanpa perlu pergi ke kaunter secara fizikal.

Menurut Ezah, orang ramai boleh memperbaharui dokumen berkenaan menerusi laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pertama sekali, mereka perlu melayari portal mySIKAP terlebih dahulu. Seterusnya, daftar masuk ke dalam laman web dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan pada aplikasi MyJPJ.

renew lesen online
Kredit: Facebook

Setelah selesai log masuk, pergi ke bahagian Lesen Memandu dan pilih Pembaharuan Lesen Memandu.

Kredit: Facebook

Pada bahagian tersebut, pilih jenis lesen iaitu Lesen Memandu Kompeten dan pilih tempoh sah lesen yang dikehendaki.

Kredit: Facebook

Selepas membuat pilihan tempoh, paparan akan menunjukkan beberapa jumlah bayaran yang perlu dibayar. Anda hanya perlu membuat bayaran secara atas talian seperti biasa.

Menurut Ezah, melalui portal ini, anda tidak lagi perlu ke premis fizikal untuk memperbaharui lesen memandu. Oleh itu, pengguna tidak perlu menunggu hari tertentu atau mengambil cuti untuk memperbaharui dokumen berkenaan.

Sebaliknya, mereka boleh melakukan proses tersebut pada bila-bila masa sahaja selagi mana memiliki akses kepada internet.

Justeru, ia memudahkan urusan orang ramai dan tidak mengganggu aktiviti harian yang perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun,  anda masih perlu ke premis JPJ jika ingin memperbaharui gambar pada lesen memandu anda.

Pada akhir perkongsian, Ezah turut mengingatkan bahawa pengguna perlu mendaftar pada aplikasi MyJPJ terlebih dahulu sebelum dapat memperbaharui lesen memandu di portal mySIKAP.

Related posts
Tips

7 Jenis Ikan Yang Perlu Dielak Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Read more
AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arahkiblatyang betul sekiranya berpindah…
Read more
VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *