
Pada 21 Disember, Se-hun iaitu ahli termuda EXO telah mendaftarkan diri di tentera untuk melunaskan tanggungjawab sebagai orang Korea.
Selain itu juga, idola ini akan menjalankan tugasnya sebagai pekerja perkhidmatan awam selepas latihan rekrutnya berakhir.
Se-hun dijangka akan menyelesaikan tugasnya pada tahun 2025, iaitu tahun yang sama dengan rakan sekumpulannya Kai, yang dijadualkan menyelesaikan tugas wajibnya pada Februari tahun yang sama.
Info untuk peminat, semua ahli EXO yang lain telah menamatkan khidmat tentera mereka dan sedang giat menjalankan promosi solo.
Dah rindu Se-hun..