
Tular di media sosial selepas beberapa idola K-Pop secara ‘tiba-tiba’ telah membuat hantaran yang memaparkan logo jenama yang sedang diboikot ramai.
Terdapat kontroversi yang kini hangat diperkatakan di media sosial, di mana peminat K-Pop telah meluahkan kekecewaan mereka selepas beberapa idola didapati terlibat dalam mempromosi jenama air minuman terkenal, Starbucks.
Perkara ini berpunca daripada isu Starbucks yang secara terang-terangan telah memberikan sokongan kepada serangan Israel terhadap Palestin.
Salah satu perbualan hangat di kalangan peminat ialah tindakan penyanyi solo Jeon So-mi yang memuat naik video di TikTok, memperlihatkan dirinya berpura-pura minum dari cawan yang memaparkan logo Starbucks.
Perkara serupa juga telah dilakukan oleh selebriti lain seperti Ga-eul IVE, Ji-soo dan Jennie BLACKPINK, Hyun-jae THE BOYZ, dan beberapa lagi yang didapati telah memuat naik gambar yang memaparkan logo jenama tersebut di media sosial milik mereka.
Peminat K-Pop secara aktif melibatkan diri dalam menyuarakan pendirian mereka dengan menghantar ribuan hantaran kepada idola-idola mereka, menekankan kepentingan untuk ‘memboikot’ jenama tersebut. Mereka juga menggesa agensi-agensi untuk menarik diri daripada sebarang kerjasama dengan Starbucks.
Kontroversi ini juga telah menunjukkan pengaruh peminat dalam memberikan pendapat dan menegur tindakan idola K-Pop, sambil menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu global yang sedang terjadi.
Kita sebagai peminat mesti la kena tegur perbuatan idola kita agar mereka sedar tentang isu yang sedang terjadi kan?