
Menerusi hantaran di TikTok, Intan dan suami kini sedang menikmati percutian di New Zealand. Apa yang luar biasa apabila Intan mendedahkan suaminya membawa dua buah trak kuda ke sebuah pantai yang terletak di New Zealand.
Akui pelakon berumur 27 tahun, dia sangat gembira apabila dapat menunggang kuda dan bermain polo di pantai.
Suami saya membawakan dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.
Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok.
Duit boleh beli kegembiraan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki sangat bertuah kerana hidup dalam kemewahan.
Selain itu, warganet menyifatkan ini adalah impian golongan isteri mendapat layanan istimewa daripada suami.
Sebelum ini, suami Intan telah menghadiahkan seekor kuda berwarna putih, Trulala sempena ulang tahun kelahirannya ke-26.
Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos tahun lalu.
Intan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran bernilai RM222,000.