
Terbaru, Netflix Malaysia telah melancarkan video promosi untuk bahagian kedua “Gyeongseong Creature”, yang menampilkan pelakon utama Park Seo-joon, Han So-hee dan selebriti dari Malaysia iaitu Yaya Zahir.
Untuk pengetahuan, Yaya Zahir ialah seorang pengacara, wartawan, pelakon, penerbit, model, pempengaruh dan juga dikenali sebagai seorang peminat tegar Park Seo-joon.
Menerusi video trailer yang dikongsi, Park Seo-joon dan Han So-hee memasuki sebuah bilik dan memegang tiub air parasit Najin dari Segamat.
Kemudian, mereka berdua juga melihat lukisan potret Yaya Zahir, yang dipercayai telah pun bertukar menjadi ‘Malaysia’s Creature’ dan misteri lanjut akan bersambung dalam bahagian kedua drama itu nanti.
Sementara itu, bahagian kedua “Gyeongseong Creature” akan ditayangkan pada 5 Januari hari ini, di Netflix.
Untungnya Yaya!