K-POP

“BLACKPINK Atau GIRLS’ GENERATION” – Gelaran ‘Kumpulan Wanita Terunggul’, Siapa Layak Dapat?

Susahnya nak pilih ni..

Selama bertahun-tahun, terdapat banyak kumpulan wanita yang telah memberi impak ketara di dalam industri K-Pop. Namun, hanya segelintir yang telah terpilih untuk menjadi kumpulan wanita terunggul.

Antara salah satu isu yang menjadi perdebatan di kalangan peminat ialah ‘adakah BLACKPINK telah mengatasi GIRLS’ GENERATION sebagai kumpulan wanita terbaik sepanjang zaman?’.

Sejak kemunculan pertama mereka pada tahun 2007, GIRLS’ GENERATION telah menjadi fenomena dan meraih status lagenda selepas memecahkan beberapa rekod dan menjadi kumpulan wanita yang sukar untuk dicabar sehingga penampilan BLACKPINK pada tahun 2016.b

Girls’ Generation atau Blackpink?

Seterusnya, kejayaan BLACKPINK yang luar biasa mula meningkat selepas mereka berjaya memecahkan rekod dunia dengan lagu-lagu hit mereka seperti “DDU-DU DDU-DU” dan “How You Like That”.

Malah, kejayaan mereka ini juga turut menyebabkan mereka dapat meraih banyak peminat antarabangsa serta menjadikan BLACKPINK sebagai pesaing terkuat bagi kumpulan wanita lagenda.

Rata-rata komen netizen ialah,

Saya rasa BLACKPINK kumpulan wanita hebat antarabangsa, manakala GIRLS’ GENERATION pula di Korea.

Generasi mereka berbeza, saya tak rasa yang mereka boleh dibandingkan.

BLACKPINK tiada tandingannya.

SNSD kumpulan wanita lagenda bagi generasi kedua, manakala BLACKPINK pula generasi ketiga.

Semestinya GIRLS’ GENERATION!

BLACKPINK kumpulan #1 antarabangsa.

Walaupun dah berdekad, kumpulan SNSD tak kan dapat ditandingi.

Pendapat korang pula macam mana?

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *