K-POP

Kembali Menjelajah Dunia, IU Bakal Jalani Konsert Selama 2 Hari Buat Peminat Di Malaysia

IU akan kembali menemui peminat di Malaysia!

Terkini, IU telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah dunia “IU H.E.R World Tour Concert” bermula Mac ini.

Penyanyi yang baru sahaja menamatkan konsert “Golden Hour” pada tahun lepas ini akan menjumpai peminat di 18 buah tempat di seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur, Bangkok, Seoul dan Jakarta.

Dalam masa yang sama, ini bukan kali pertama IU melakukan konsert di Malaysia. Di mana, penyanyi solo tersebut sebelum ini telah mengadakan konsert jelajahnya iaitu “LOVE, POEM” pada tahun 2019 yang lalu.

Namun disebabkan permintaan yang tinggi, pada kali ini IU akan kembali menemui peminat di Kuala Lumpur selama 2 hari.

Konsert yang dinantikan ramai ini akan diadakan pada 8 sehingga 9 Jun 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Jumpa korang di sana!

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *