Umum

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG ANGKAT MADANI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat di Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di SK Beng, Lenggong, Perak pada 4 April 2024.

Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada komuniti desa dalam memulakan projek ekonomi sendiri. Sejumlah dana telah disediakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan program ini, memberi peluang kepada komuniti untuk menentukan dan menjalankan projek ekonomi yang mereka pilih. Kampung Beng Lenggong, Perak, adalah salah satu kampung di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dalam program Kampung Angkat MADANI.

Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Encik Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, serta ketua-ketua jabatan dan pengurusan tertinggi KDN.

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *