Tempatan

Polis Siasat Kolumnis Andrew Sia Berhubung Dakwaan Terhadap UiTM

PDRM sedang menyiasat dakwaan Andrew Sia mengenai UiTM yang didakwa mengamalkan sistem ‘apartheid’.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kolumnis Andrew Sia berhubung tulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat jam 6 petang ini (Jumaat), terdapat sebanyak 14 laporan polis diterima di seluruh negara.

“Kita sedang memohon profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan butiran penulis artikel terbabit untuk membantu siasatan,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Veteran UMNO menyokong desakan daripada Pemuda UMNO agar Andrew Sia membuat permohonan maaf.

Desakan tersebut dianggap sebagai tindakan terbaik, berserta penarikan semula artikel tersebut.

Veteran UMNO menggambarkan artikel Andrew Sia berunsur provokatif dan dikategorikan sebagai menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja-raja).

Malah, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) juga membuat laporan polis terhadap Andrew Sia keranamenyatakan UiTM sebagai ‘akademi aparteid’.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *