Sukan

KBS dan MSN Akan Tinjau Semula Syarat Penyertaan Minimum di Sukma

Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, memberikan kenyataan kepada pemberita selepas mengunjungi sebuah pusat sukan untuk golongan warga emas di Persatuan Buddhist Subang Jaya pada hari Ahad.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhasrat untuk meninjau semula keperluan penyertaan minimum dalam acara yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tindakan itu bertujuan untuk membolehkan acara sukan terus dijalankan tanpa keperluan untuk mendapat penyertaan sekurang-kurangnya dari enam negeri seperti yang dikenakan pada masa ini.

Beliau berkata, dengan meminda syarat penyertaan minium itu, ia memberi peluang kepada lebih banyak atlet mendapat pengalaman bertanding selain memudahkan proses pencarian pelapis atlet kebangsaan.

“Kita nak wujudkan lebih banyak atlet dengan melihat program akar umbi, mengkaji struktur Sukma. Sekarang kalau ada enam negeri yang nak sertai sesuatu sukan itu, baru ia boleh dianjurkan di Sukma. Peraturan seperti ini tidak bagus untuk pembangunan sukan.

“Saya akan melihat (struktur Sukma) secara menyeluruh, reformasi, ahli Lembaga MSN yang ditugaskan untuk melihat perkara itu adalah S Suriaghandi (Ahli Lembaga Pengurusan MSN),” katanya kepada pemberita pada program sukan buat warga emas di sini pada Ahad.

Sukma 2024 akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Terdahulu, Hannah melawat Persatuan Penganut Agama Buddha di sini yang telah mengadakan aktiviti sukan untuk warga emas bagi masyarakat setempat.

“Mereka telah atur program dan aktiviti sukan untuk warga emas, ini bukan aktiviti sekali anjur sebab mereka sudah ada kemudahan dan mereka adakan pertandingan ping pong dan beberapa acara sukan bertujuan membantu warga emas kekal aktif, bukan sahaja fizikal tetapi juga minda.

“Saya meminta rumah ibadat di seluruh Malaysia mewujudkan aktiviti sukan untuk warga emas di rumah ibadat masing-masing. Untuk menyokong usaha mereka saya memperuntukkan RM10,000 kepada mereka bagi menganjurkan lebih banyak pertandingan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *