Hiburan

Sean Kingston dan Ibunya Didakwa Menipu untuk Dapatkan Barangan Mewah melalui Komunikasi Elektronik

Kingston dan Turner didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan dengan satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan melalui komunikasi elektronik serta lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik.

Penyanyi rap Sean Kingston dan ibunya Janice Turner telah menghadirkan diri ke Mahkamah Persekutuan Florida pada hari Jumaat untuk menghadapi dakwaan terlibat dalam skim penipuan menggunakan komunikasi elektronik yang melibatkan barangan mewah bernilai lebih AS$1 juta.

Kingston, 34, yang nama sebenarnya Kisean Anderson dan Turner, 61, didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan dengan satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan komunikasi elektronik serta lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik.

Jika sabit kesalahan, mereka masing-masing boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan, menurut laporan United Press International (UPI) yang memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Daerah Selatan Florida.

Pendakwa raya mendakwa bahawa Kingston dan Turner memperoleh kereta mewah, barang kemas dan barangan mewah lain melalui penipuan dari 11 April 2023 hingga 29 Mac yang lalu.

Penyanyi tersebut didakwa menggunakan status selebritinya untuk meyakinkan vendor agar menghantar barangan tanpa bayaran penuh dengan menggunakan dokumen palsu untuk menunjukkan mereka telah memulakan pembayaran.

Pada bulan Mei, polis telah menyerbu rumah Kingston di Florida selepas menerima aduan sivil yang menuduhnya tidak membayar sistem hiburan bernilai AS$150,000.

Serbuan tersebut menemukan barangan mewah bernilai lebih AS$1 juta dan Turner ditahan di tempat kejadian manakala Kingston ditangkap kemudian pada hari yang sama ketika sedang melakukan persiapan untuk persembahan di Fort Irwin, sebuah pangkalan latihan Tentera Darat di Gurun Mojave.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan tarikh prosiding mahkamah seterusnya telah ditetapkan pada 9 Ogos.

Pada tahun 2006, Turner mengaku bersalah atas empat pertuduhan memfailkan permohonan pinjaman palsu dan satu pertuduhan penipuan yang mengakibatkan hukuman penjara selama 16 bulan, lima tahun pengawasan serta perintah untuk membayar balik dana yang dicuri sebanyak AS$132,000.

Related posts
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more
Hiburan

DR FIE EX KEPADA PENYANYI NUBHAN SAH BERTUNANG, PILIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI HINGGA AKAD NIKAH

Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau Dr Fie, mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi…
Read more
Hiburan

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KONGSI BAHAGIA, KENDURI RAKYAT DI MUAR DAN KOTA KINABALU

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kebahagiaan perkahwinan mereka…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *