Hiburan

Datuk Afdlin Shauki Sarankan Pengarah Muda Sertai PFM untuk Memantapkan Karya Tempatan

Afdlin berkata, PFM boleh menjadi platform untuk mempelajari kaedah yang betul dalam penghasilan filem daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Lebih ramai pengarah muda yang baru bermula dalam industri perfileman disarankan untuk menyertai komuniti Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi membantu memperhalusi dan memantapkan karya tempatan.

Datuk Afdlin Shauki, pengarah terkenal yang baru dilantik sebagai profesor adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada bulan Jun lepas, berkata PFM boleh menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan dan memperoleh ilmu mengenai kaedah yang betul dalam menghasilkan filem daripada mereka yang lebih berpengalaman.

“Sejujurnya saya seronok tengok banyak idea baru daripada pengarah muda sebab banyak idea segar dihasilkan dan secara tidak sedar mencabar pengarah yang lama dalam bidang ini untuk berfikiran lebih terbuka.

“Cuma pengarah muda kena belajar pengalaman daripada pengarah lama bagaimana menyiapkan filem, dengan menyertai persatuan supaya dapat berkawan dengan pengarah-pengarah lain kerana tiada orang boleh pandai dengan sendirinya,” katanya kepada Bernama, dengan menambah beliau tidak menggalakkan pembelajaran melalui YouTube yang dirasakan tidak sesuai dengan cara kerja di negara ini.

Afdlin yang juga Pengerusi Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, pembikin filem juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu teori asas berkenaan bidang berkenaan yang mana ia penting dan mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah karya.

Pelakon dan pengarah filem pecah panggung Papadom itu juga berpandangan aspek teori asas sering dipandang ringan oleh pendatang baharu sehingga akhirnya mendatangkan kesan hasil karya.

“Kalau mereka berpelajaran dan berpengalaman, mereka akan dapat buat produk yang bagus, sebab ada segelintir mereka mempunyai idea bernas tetapi tidak tahu nilai serta selok-belok pembikinan secara menyeluruh yang baik, jadi mengambil jalan untuk tembak sahaja mana mereka rasa sesuai.

“Sebab masalah dia, bila semua orang ingat mereka boleh jadi pengarah, penerbit. Dia nak gelaran penerbit atau pengarah itu tetapi tidak tahu skop kerja kerana mahukan gelaran semata-mata. Ia bukan setakat mengarah orang kerana anda perlu faham tentang bahasa cinema, maksud pergerakan kamera dan sebagainya,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *