Hiburan

SYOK Raih Tiga Anugerah Terbaik di Asia Podcast Awards 2024

Anugerah yang diraih oleh SYOK termasuk Penerbit Podcast Terbaik untuk Syok, Podcast Sukan Terbaik untuk Suited & Booted dan Podcast Temu Bual Terbaik.

APLIKASI SYOK meraih tiga anugerah utama di Asia Podcast Awards 2024 yang dinilai oleh juri khusus dalam bidang penyiaran podcast. Anugerah yang dimenangi oleh SYOK termasuk Penerbit Podcast Terbaik – Syok, Podcast Sukan Terbaik – Suited & Booted dan Podcast Temu Bual Terbaik – Muzik Roundtable.

Ketua Pengarah Astro Radio, Priya Dharshini Prabakaran menyatakan bahawa kemenangan ini merupakan bukti usaha keras dan dedikasi semua yang terlibat dalam proses pembuatan podcast mereka.

“SYOK akan terus beri jaminan menyediakan kandungan berkualiti tinggi dan terus mengangkat nama Malaysia di persada podcasting Asia.

“Ia juga membuktikan, SYOK berjaya menarik perhatian pendengar di seluruh Asia dengan mengetengahkan kandungan Malaysia.

“Kemenangan ini juga akan menjadi motivasi kepada podcaster di seluruh Malaysia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi berteraskan budaya Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Unit SYOK Stanley Lim turut berkongsi pandangannya tentang kejayaan SYOK memenangi anugerah tersebut.

“Memenangi anugerah-anugerah ini sangat bermakna bagi platform SYOK. Setiap podcast yang menang, sama ada ‘Suited & Booted’ atau ‘Muzik Roundtable,’ mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri.

“Pengiktirafan dari Asia Podcast Awards ini jelas menunjukkan bahawa SYOK berada di landasan yang betul, dan ini mendorong kami untuk terus meneroka batasan dalam penciptaan kandungan,”

“SYOK sekali lagi membuktikan industri podcast Malaysia mampu bersaing di peringkat Asia. Sama ada melalui fiksyen, temu bual, budaya, masyarakat, atau sukan bagi memenuhi citarasa pelbagai lapisan Masyarakat,” jelasnya.

Orang ramai boleh mendengar podcast SYOK dengan mengunjungi laman web di syok.my atau memuat turun aplikasi SYOK dari Apple Store atau Google Playstore.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *