Hiburan

Chef Wan Tidak Setuju Dibandingkan dengan Khairul Aming

Chef Wan menyatakan bahawa dia tidak merasa terkesan jika sumbangannya tidak dihargai oleh orang ramai.

Chef selebriti Datuk Chef Wan menyatakan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Perbandingan Tidak Perlu

Dalam satu hantaran di Instagram, Chef Wan yang mempunyai nama sebenar Redzuawan Ismail menyatakan bahawa perbandingan tersebut adalah tidak perlu dan tidak sewajarnya dilakukan kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.

“Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial.

“Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?” katanya.

Tambah Chef Wan lagi,dia tidak terkesan andai sumbangannya tidak dihargai oleh orang ramai.

“Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya.

“Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.

“Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan.

“Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Dia juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang membandingkan pencapaian serta kemahiran memasak Chef Wan dengan Khairul Aming setelah pempengaruh tersebut menerima kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Related posts
Hiburan

HAQIEM RUSLI KINI BERGERAK BEBAS SELEPAS 10 TAHUN BERSAMA FMC MUSIC

Penyanyi dan komposer Haqiem Rusli memilih menguruskan kerjaya secara bebas menerusi syarikatnya…
Read more
K-POPHiburan

MOMEN HAEL HUSAINI BERSAMA JUNHO CETUS SPEKULASI MELIBATKAN DAYANG NURFAIZAH

Satu rakaman Hael Husaini bersama bintang Korea Selatan, Junho, mencuri perhatian selepas…
Read more
Hiburan

FAIZAL AF4 TAK MALU JUAL PENAPIS AIR, TETAP MENYANYI MESKI KURANG DI MEDIA

Juara Akademi Fantasia musim keempat, Faizal, menjelaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *