Hiburan

Susan Lankester Menang Pelakon Wanita Terbaik AACA 2024

Susan Lankester memperoleh gelaran National Winner bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di AACA 2024 atas lakonannya dalam filem Rain Town. (Gambar: IG/susan_lankester.)

Pelakon terkenal, Susan Lankester telah dinobatkan sebagai Pemenang Nasional dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2024.

Kemenangannya ini adalah hasil daripada lakonan cemerlangnya sebagai Aileen Choo, watak utama dalam filem Rain Town yang diarahkan oleh Tunku Mona Riza.

Dalam hantaran di Instagram, Susan, 62, mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon dan kru yang telah menyokongnya dalam menjayakan watak sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak dalam filem tersebut.

Thank you to The Choos – Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee & Fabian Loo. I love you all. And most of all, huge thanks to the Rain Town crew for making the film look, feel and sound the way it does. And for taking such great care of us on set and off. Mad respect for all of you,” tulisnya.

Susan menewaskan 10 pesaing dari New Zealand, China, Hong Kong, India, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Menurut laman rasmi Facebook AACA, para pemenang akan bersaing dengan Pemenang Nasional dari rantau lain di peringkat akhir pada 3 dan 4 Disember akan datang di Singapura.

Diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd, Rain Town mengangkat tema hubungan keluarga yang semakin renggang serta pergelutan emosi dalam kalangan anggotanya.

Filem ini mengisahkan tentang Choo, seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi ketiga-tiga anaknya yang sudah dewasa yang akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen mengalami kemalangan.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *