Hiburan

Astro Perkenal Drama Dengan Trek Penerangan Audio Untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan

Sesi tayangan Dari Mata Turun Ke Hati turut diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Nancy Shukri dan barisan pelakon iaitu Arabella, Azri Safix, Afiq Amidon, Darien dan Qistina Khaled.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka yang juga terdiri daripada individu kurang upaya penglihatan, Astro telah memperkenalkan drama tempatan pertama yang menyediakan khidmat sokongan trek penerangan audio.

Fungsi utama khidmat ini adalah untuk memastikan drama Astro lebih mudah diakses oleh golongan kurang upaya penglihatan agar mereka dapat mendalami setiap penceritaan yang disampaikan. Sebagai langkah awal, drama Dari Mata Turun Ke Hati dihasilkan dengan sokongan trek penerangan audio.

Kejayaan drama ini mendapat sambutan positif daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ketua ESG Astro, Foo Su Lynn menyatakan bahawa kekuatan terbesar Astro terletak pada capaian luas mereka melalui penciptaan karya-karya yang menjadi topik perbualan masyarakat serta menyumbang kepada kesedaran positif mengenai tanggungjawab sosial (ESG).

“Lebih dari 2,000 jam kandungan berkaitan ESG sudah dilaksana pada tahun lepas dan kami beriltizam akan melabur dengan lebih banyak pada tahun ini.

Penyediaan khidmat trek penerangan audio ini juga selaras dengan hasrat ESG dalam menyantuni golongan kurang upaya penglihatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan bahawa beliau sangat berbesar hati dapat terlibat dalam program yang mencerminkan komitmen Astro dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk memperkasa komuniti kurang upaya penglihatan di negara ini.

“Pelancaran trek penerangan audio digital khas untuk drama Melayu tempatan merupakan satu langkah yang sangat signifikan dalam memastikan akses yang lebih inklusif kepada kandungan hiburan.

“Ini bukan sahaja membantu memperbaiki kualiti hidup golongan kurang upaya penglihatan, malah memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap cabaran yang mereka hadapi.

“Saya berharap usaha ini akan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyumbang ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin,” ujarnya.

Drama dengan trek penerangan audio akan dilancarkan di sooka untuk tontonan mulai 26 September dan akan menjadi platform hiburan baru bagi lebih daripada 600,000 pengguna kurang upaya penglihatan.

Antara inisiatif lain yang akan dilaksanakan oleh Astro untuk menyantuni golongan kurang upaya penglihatan termasuklah program Kisah Di Sebalik Bola – Suara Kemenangan, MyFutureJob Visually Impaired Person Career Day 2024 oleh MAB serta sambutan Hari Orang Buta oleh MeleTOP.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *