Hiburan

Netizen Teruja dengan Pembelian Mikrofon Mahal Shila Amzah

Shila Amzah mempamerkan mikrofon pertamanya setelah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri seni.

Perkongsian video di akaun TikTok Shilalas_united mencuri perhatian apabila penyanyi Shila Amzah menunjukkan mikrofon berwarna ungu yang dibelinya, lengkap dengan nama dan logo kelab peminat.

Dalam video tersebut, Shila memberitahu bahawa ini adalah kali pertama dia membeli mikrofon setelah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri seni.

Meskipun tidak mendedahkan harga sebenar mikrofon itu, Shila memberikan gambaran mengenai nilainya. Menurut penyanyi lagu “Patah Seribu” itu, harga mikrofon tersebut setara dengan harga sebuah kereta baharu.

“Macam inilah, mungkin boleh dapat kereta Malaysia atau lebih kurang dengan harga kenderaan terpakai buatan Jepun,” katanya.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa gembira terhadap pencapaian Shila sepanjang bergelar anak seni serta menyatakan bahawa penyanyi itu wajar membeli mikrofon tersebut walaupun harganya tinggi.

Harga mikrofon itu mungkin mencecah sekitar RM40,000.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *