Viral

Baim Wong Fail Penceraian, Keretakan Rumah Tangga Terjawab

Baim dan isterinya, Paula Verhoeven telah berkahwin pada tahun 2018.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor terkenal Indonesia itu memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.

Perkara tersebut disahkan oleh bintang berusia 43 tahun itu pada hari Selasa.

“Benar. Selebihnya pada peguam saya,” katanya ringkas seperti dilaporkan CNNIndonesia.com

Permohonan cerai itu didaftarkan dengan nombor kes 3477/Pdt.G/2024/PA.JS dan dapat dilihat di laman rasmi Sistem Maklumat Pengesanan Kes PA Jakarta Selatan.

Namun, butiran mengenai kes ini masih belum dapat dilihat di laman web rasmi SIPP PA Jakarta Selatan.

Sebelum ini, berita tentang keretakan rumah tangga Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim dan Paula sudah lama kedengaran.

Khabar angin ini muncul kerana pasangan itu jarang dilihat bersama. Salah satu momen yang menimbulkan perhatian adalah ketika Baim menyambut hari lahir bapanya, Johnny Wong.

Namun, melalui gambar yang dimuat naik oleh bintang utama Lily: Bunga Terakhirku di akaun Instagram peribadinya sosok Paula Verhoeven tidak kelihatan.

Selain itu, Paula juga dilihat menunaikan ibadah umrah secara bersendirian tanpa kehadiran Baim. Sementara itu, Baim mengakui bahawa dia sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.

Sebagai maklumat tambahan, Baim dan isterinya Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Hasil perkahwinan selama enam tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano yang berusia 3 tahun dan Kenzo yang berusia dua tahun.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *