Hiburan

Peminat Bimbang dengan Keadaan Aweera Selepas Hantaran Instagram Terbaru

“Aku Nak Pergi ke Tempat Paling Jauh. Maafkan Aku.” Dengan kata-kata ini, Aweera mengundang rasa risau dalam kalangan peminatnya.

Penyanyi Aweera telah membuat hantaran terkini di akaun Instagramnya yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Dalam posting tersebut, dia berkongsi gambar dirinya yang kelihatan merenung ke arah laut secara bersendirian.

“Tak lama dah. Aku nak pergi tempat paling jauh.. Paling jauh! Maafkan aku.”

Penyanyi lagu “Andai Ku Bercinta Lagi” itu juga memuat naik gambar yang sama serta sebuah gambar serba hitam di Instagram Storynya disertakan dengan lagu Allahyarham Sudirman yang berjudul “Salam Terakhir”.

Perkongsian yang dibuat oleh Nasharul Aweera Norhissham, 33 tahun telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai keadaannya.

Para peminat mendoakan agar Aweera tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujian yang dilaluinya.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *