Hiburan

Hana Ismail: Tidak Mahu Ulangi Pengalaman 21 Hari Tanpa Suami

Hana Ismail kongsikan pengalaman peribadinya tanpa suami disisi.

Isteri kepada pendakwah terkenal, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, tidak mahu melalui pengalaman pahit menjaga anak seorang diri tanpa suami di sisi selama 21 hari.

Hana yang juga dikenali sebagai Nurul Hana Ismail, memahami perasaan serta tanggungjawab seorang ibu yang terpaksa membesarkan anak tanpa suami. Dia mengaitkan pengalaman tersebut dengan Syed yang telah dipenjarakan selama 21 hari atas tuduhan merogol.

“Kalau boleh saya tidak mahu ulang semula 21 hari itu (menjaga anak seorang diri). Saya berdoa tak terjadi juga perkara sama kepada wanita di luar sana.“

Pada masa yang sama, bekas pengacara itu merasa kagum dengan kekuatan wanita yang menjadi ketua keluarga dalam membesarkan anak-anak.

“Tiada wanita hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan cahaya mata seorang diri kerana figura seorang ayah dalam keluarga sangat besar. Sebenarnya kalau tanya secara peribadi kepada wanita pun tiada seoang nak jadi nahkoda dalam kapal tap apa-apa pun kita kena persiapkan diri juga.”

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *