Hiburan

Video Dolla Joget Sakan Dengan Baju Celoreng Jadi Kontroversi di Media Sosial

Dolla dikritik setelah mengenakan baju celoreng tentera semasa persembahan dengan netizen menyatakan, “Kami Penat Lelah Berkorban Demi Nak Sarung Baju Keramat..”

Baru-baru ini, kumpulan Dolla menarik perhatian warga maya selepas video yang memaparkan ahli kumpulan itu memakai baju celoreng tentera semasa persembahan di Hausboom Music Festival 2024 tular.

Netizen meluahkan rasa kecewa kerana Dolla dianggap telah mencemarkan baju celoreng tersebut dengan aksi joget sakan ketika membuat persembahan.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok tetapi telah dipadam selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

Setakat ini, pihak Dolla belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan isu yang tular itu.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *