Hiburan

Trofi ABPBH Tak Ubah Cara Kerja, Hun Haqeem Kekal Berikan Yang Terbaik

Hun Haqeem respon dakwaan bayaran meningkat, menegaskan akan memastikan lakonannya setimpal dengan bayaran.

Pemenang kategori Aktor TV Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Hun Haqeem tampil memberikan respon terhadap dakwaan bahawa bayaran terhadapnya akan meningkat selepas meraih trofi tersebut.

Menurut Hun Haqeem, dia menegaskan bahawa kemenangan itu tidak akan mengubah cara dia bekerja dan dia akan terus memberikan komitmen yang setimpal dengan bayaran yang diterimanya.

Berkenaan skeptikal bayaran akan lebih mahal lepas menang anugerah, orang boleh fikir begitu namun apa yang saya janjikan, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran ketika ditawarkan untuk membintangi sebuah naskah. Segalanya saya akan serahkan termasuk jiwa saya. Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan saya. Soal harga itu bergantung kepada pihak yang memberi tawaran.

Pelakon itu juga menyatakan bahawa pihak yang pernah bekerja dengannya sudah tahu bagaimana dia memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *