Hiburan

Gelagat Datuk Red Curi Perhatian: Cemburu Adira Photoshoot dengan Fattah Amin

Datuk Red cemburu apabila Adira menjalani sesi ‘photoshoot’ bersama Fattah Amin dan menyatakan, ‘Tak perlu pun jumpa’.

Fattah Amin kembali menjadi kegilaan ramai wanita sejak bergelar duda pada 7 Oktober lalu dan terus mendapat sokongan daripada peminat sama ada wanita atau lelaki.

Baru-baru ini, dalam sesi ‘live’ di TikTok, usahawan Datuk Red secara berseloroh menunjukkan rasa cemburu apabila Adira memberitahunya bahawa dia akan menjalani sesi penggambaran bersama Fattah.

Datuk Red bergurau dengan mencadangkan kepada Adira supaya dia dan Fattah melakukan penggambaran pada hari yang berbeza dan kemudian gambar itu disunting supaya kelihatan seperti mereka hadir pada hari yang sama.

Zaman sekarang canggih, kau photoshoot hari Selasa, Fattah photoshoot hari Rabu. Nanti edit lah gambar tu. Aku pun pandai buat, aku dah pandai edit sekarang.

Menjengah ke ruang komen, kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat pasangan tersebut.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *