Hiburan

Diana Danielle Akan Failkan Perceraian Terhadap Suami, Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.

Pelakon Diana Danielle mengumumkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya Farid Kamil.

Melalui Instagram pada hari Isnin, Diana juga memberitahu bahawa dia akan memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

“Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah daripada suami saya dan akan memfailkan perceraian,” kongsinya di Instagram.

Dalam perkongsian yang sama, Diana memilih untuk tidak memberikan ulasan lanjut mengenai keputusan yang telah dibuat.

Dia juga menyatakan bahawa rujuk semula bukan untuk semua orang dan meminta agar dirinya dilepaskan.

“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.

“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *