Hiburan

Siti Nurhaliza Dinobatkan Sebagai Biduanita Negara di Anugerah Seni Negara 2024

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Dalam ucapan selepas menerima anugerah tersebut, Siti Nurhaliza meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seninya selama ini. Beliau menganggap pengiktirafan tersebut sebagai satu anugerah besar yang bukan sahaja mengiktiraf pencapaian seni tetapi juga membantu mendekatkan dirinya dengan masyarakat.

Menurutnya, seni membantunya untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, memperkenalkan negara di pentas antarabangsa dan memberi inspirasi kepada generasi muda. ASN 2024 juga dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli untuk hadir merasmikan acara tersebut.

Siti Nurhaliza turut memeriahkan majlis dengan dua persembahan lagu dan di penghujung acara, beliau mempersembahkan medley lagu-lagu popularnya. Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri seni tanah air dan berazam untuk mengangkat muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Siti Nurhaliza menerima hadiah berupa wang tunai RM30,000, kain songket, watikah dan trofi. Beliau adalah penerima keempat anugerah berprestij ini selepas Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *