Hiburan

Ernie Zakri Raih Anugerah Pertama di Indonesia, ‘Masing-Masing’ Jadi Soundtrack Paling Ngetop!

Lagu hits nyanyian Ernie Zakri iaitu ‘Masing Masing’ berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu. – Foto Gempak

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, mencipta sejarah apabila lagu hitnya, Masing-Masing, meraih anugerah di Indonesia pada Rabu.

Lagu tersebut dinobatkan sebagai Soundtrack Sinetron Paling Ngetop menerusi sinetron Luka Cinta di SCTV Awards 2024 yang berlangsung di Jakarta. Masing-Masing, hasil ciptaan Ade Govinda dan Nabila V, berjaya mengatasi persaingan sengit daripada lagu-lagu soundtrack lain.

“Terima kasih, Alhamdulillah, ini kali pertama saya muncul di TV Indonesia. Rezeki yang luar biasa. Terima kasih semua,” ujar Ernie selepas diumumkan sebagai pemenang.

Acara penuh gemilang itu turut menyaksikan Ernie dan Ade Govinda membuat persembahan di atas pentas. Kejayaan ini juga lebih manis apabila Ernie menjadi artis Malaysia pertama memenangi anugerah di SCTV Awards, sekaligus mewakili negara di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, juga pernah meraih penghormatan di Indonesia apabila memenangi kategori Artis Asing Paling Ngetop di SCTV Music Awards pada 2004.

Related posts
Hiburan

RENDAH DIRI DAN BERSAHAJA, ZAIN SAIDIN CURI PERHATIAN BANTU RAKAN JUAL NASI LEMAK

Tindakan pelakon Zain Saidin membantu rakannya berniaga nasi lemak berjaya mencuri perhatian…
Read more
GosipHiburan

KHAIRUL AMING BERI BAYANGAN BERSEDIA BERUMAH TANGGA, CARI CALON DI MEDIA SOSIAL

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian ramai selepas memuat…
Read more
Hiburan

NAJWA LATIF TAK AMBIL HATI DIHINA BERBADAN SEPERTI ‘TONG DRAM’

Penyanyi Najwa Latif berdepan komen berunsur body shaming apabila bentuk tubuhnya disamakan dengan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *