Hiburan

One Direction ‘Bersatu Kembali’ di Majlis Pengebumian Liam Payne Selepas 9 Tahun

Kesemua bekas ahli kumpulan terkenal antarabangsa iaitu One Direction akhirnya ‘bersatu’ buat kali pertama selepas sembilan tahun berpecah

Bekas ahli kumpulan One Direction, iaitu Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, dan Louis Tomlinson, menghadiri majlis pengebumian rakan mereka, Liam Payne, yang diadakan di Amersham, Buckinghamshire, London.

Keempat-empat bintang antarabangsa itu tiba secara berasingan di gereja sebelum menyertai keluarga Liam dalam majlis pengebumian tertutup yang berlangsung pada Rabu.

Menurut laporan BBC, keranda Liam diarak menggunakan kereta kuda dengan hiasan bunga bertuliskan perkataan ‘anak’ dan ‘ayah’. Sebuah set pin boling turut disertakan sebagai penghormatan kepada hobi kegemaran Liam semasa hayatnya.

Selain bekas ahli kumpulan One Direction, antara selebriti lain yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk teman wanita Liam, Kate Cassidy, Simon Cowell, Nicola Roberts, dan ramai lagi.

Untuk makluman, Liam meninggal dunia pada 16 Oktober lalu selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Sebagai rekod, One Direction secara rasmi mengumumkan perpisahan mereka pada 2016, setahun selepas Zayn Malik meninggalkan kumpulan tersebut.

Related posts
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
Hiburan

JEP SEPAHTU LUAH KECEWA, MINTA SHUIB BERHENTI BANGKITKAN ISU PERSAHABATAN DI PODCAST

Pelawak Jep Sepahtu meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwanya masih membangkitkan isu…
Read more
Hiburan

ROSYAM NOR TOLAK ANGGAPAN BIOPIK KURANG SAMBUTAN, PENONTON BERHAK MEMILIH

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menolak anggapan bahawa genre biopik menjadi punca sesebuah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *