GosipHiburan

‘Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu’

Penyanyi, Najwa Latif berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu

Melalui hantaran di Instagram, penyanyi Najwa Latif, 29, memohon maaf kerana tidak dapat dihubungi selepas mengalami keguguran anak pertamanya.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat bercakap dengan sesiapa buat masa ini. Saya mengalami keguguran. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk berkongsi perkara ini kerana ia sangat peribadi buat saya dan suami,” tulisnya.

Pelantun lagu Cinta Muka Buku itu juga mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

“Saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya di saat sukar ini. Izinkan kami bersedih dalam diam dan simpan kami dalam doa anda. Semoga doa-doa anda dikembalikan dengan kebaikan,” katanya.

Najwa turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang merasai pengalaman kehamilan walaupun hanya selama lima minggu.

“Alhamdulillah. Allah pinjamkan lima minggu. See you when we see you, bebibu,” tambahnya.

Untuk makluman, Najwa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Gosip

VIDEO ATHISHA KHAN CETUS SPEKULASI RUMAH TANGGA, TIADA PENGESAHAN PERPISAHAN DALAM LAPORAN

Pempengaruh Athisha Khan menjadi perhatian selepas video YouTube berjudul One Final Dubai Diary…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *