Hiburan

Mafarikha Pilih Berehat, Tidak Sertai Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)

Penyanyi Mafarikha Md Akhir, atau lebih mesra disapa Mafa, 33, menjelaskan mengapa dia tidak menyertai pertandingan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), meskipun ramai yang bertanya. Menurut Mafa, komitmen yang diperlukan dalam pertandingan nyanyian sangat tinggi, tetapi pulangan atau hadiah yang dijanjikan belum tentu berbaloi.

“Ramai bertanya kenapa saya tak masuk CSOIAM atau mana-mana pertandingan nyanyian. Sebenarnya, saya dalam fasa santai sekarang. Saya lebih suka berehat di rumah daripada komited dengan sesuatu yang hasilnya belum pasti,” kata Mafa menerusi hantaran video di TikTok.

Mafa, bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, turut menyatakan bahawa dia tidak merasakan dirinya sesuai dengan konsep One In A Million.

“Saya tahu saya bukan ‘One In A Million’. Kalau masuk pun, belum tentu menang,” tambahnya.


Pertandingan Sekadar Platform

Mafa menjelaskan bahawa pertandingan hanyalah satu platform untuk penyanyi membina nama, tetapi perjalanan karier sebenar bermula selepas pertandingan berakhir.

“Yang penting adalah bagaimana seseorang itu menguruskan kerjayanya selepas pertandingan selesai. Kawan-kawan saya yang terlibat semasa ujibakat CSOIAM juga mengajak saya, tetapi saya memang tak berminat,” katanya.

Sebagai info, Mafa merupakan Naib Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama dan pernah menyertai Asia’s Got Talent musim kedua pada 2017.

Kini, Mafa memilih untuk berehat dan menikmati masa di rumah sambil menunggu peluang yang benar-benar sesuai untuknya.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Hiburan

FASHA SANDHA AKUI PERNAH TERASA HATI, BELAJAR FAHAMI KEHIDUPAN ELISYA SELEPAS BERKAHWIN

– Astro Gempak’s Photo – Pelakon Fasha Sandha mengakui pernah berkecil hati…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *