Global

Kabinet Belarus Letak Jawatan Susulan Pilihan Raya Presiden

Alexander Lukashenko ketika membuang undi pada proses pilihan raya presiden di Minsk, Belarus, 26 Jan 2025. (Gambar: AP)

MINSK: Barisan kabinet Belarus telah meletak jawatan susulan pilihan raya presiden, menurut perkhidmatan akhbar pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.

Dokumen peletakan jawatan itu ditandatangani oleh Perdana Menteri negara itu, Roman Golovchenko. Presiden Belarus, Alexander Lukashenko pada Isnin menandatangani dekri yang mengarahkan kerajaan sedia ada untuk terus menjalankan tugas mereka sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Pilihan raya presiden tersebut diadakan di Belarus pada 26 Januari, di mana Lukashenko memperoleh kemenangan dengan 86.82 peratus undi.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *