Umum

Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan

Penumpang feri dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. – Gambar fail

ALOR SETAR: Perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan terpaksa dihentikan berikutan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis dijangka berada di bawah paras 1.6 meter.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.

“Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. Terdapat lima masa perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah iaitu pada 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam.

“Manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, masa perjalanan adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan dan tempahan tiket secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi ‘Cuti-Cuti Langkawi’.

Sumber : BERNAMA

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *