Viral

Media Sepanyol Sahkan Bekas Penyerang Berbisa MU, Falcao Sertai JDT!

Bekas pemain Manchester United dan Chelsea, Radamel Falcao dilaporkan bakal berhijrah ke Asia untuk menyertai gergasi Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’azim (JDT).

Perkara itu disahkan oleh media Sepanyol, Marca dan dikhabarkan pemain berusia 37 yang kini bermain di Rayo Vallecano akan mengikat perjanjian kontrak selama dua tahun dengan JDT.

Bagaimanapun, bekas bintang Atletico Madrid masih mempunyai kontrak dengan pasukannya sehingga Jun nanti selain sedang menilai tawaran yang diterimanya untuk beraksi bersama JDT.

Penyerang Colombia itu sudah pun menunjukkan kesediannya untuk melangsungnya kerjaya profesional baharu di bawah kelab gergasi bola sepak tempatan.

Kehadiran Falcao dalam pasukan milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dikatakan turut memainkan peranan selaku duta untuk kelab JDT.

Selain JDT, salah sebuah kelab di Sepanyol, Valencia turut menyatakan minat untuk mendapatkan Falcao bagi memantapkan jentera serangan mereka.

Sekiranya perpindahan ini terjadi, ia bakal menjadi pasukan kesepuluh dalam karier gemilangnya yang pernah dikenali sebagai salah seorang penyerang paling digeruni generasinya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama JDT dikaitkan dengan Falcao, malah pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim turut pernah menghubungi pemain itu pada Ogos 2021.

Bagaimanpun, JDT pada ketika itu menafikan membuat tawaran kepada penyerang tersebut yang turut pernah beraksi bersama kelab gergasi England iaitu Manchester United dan Chelsea.

Sumber: Marca

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *