Umum

Chelsea anjur jamuan berbuka puasa buat julung kali di Stadium Stamford Bridge

Kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung kalinya di Stadium Stamford Bridge pada 26 Mac, beberapa hari selepas Ramadan tiba.

ANKARA: Kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung kalinya di Stadium Stamford Bridge pada 26 Mac, beberapa hari selepas Ramadan tiba.

“Sejumlah jemaah dari masjid tempatan dan ahli komuniti Islam serta penyokong Chelsea termasuk pelajar sekolah dijemput hadir, bersama-sama kakitangan Chelsea FC,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kelab gergasi itu pada Isnin.

Ketua Yayasan Chelsea, Simon Taylor berkata, pihaknya “berbesar hati” menganjurkan jamuan buka puasa secara terbuka dan tidak sabar mengalu-alukan kehadiran semua orang.

Acara itu ” dilaksanakan dengan kerjasama “Ramadan Tent Project,” sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.

Pada 2021, Chelsea melancarkan kempen “No To Hate” dan menggalakkan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman.

Sumber : Chelsea Football Club

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *